เนื้อเพลง Oda Bumi Anbia - Siti Nurhaliza

ดู 4,608 ครั้ง / แชร์
ศิลปิน Siti Nurhaliza | ร่วมร้อง Azizi Mohd Said | เพิ่มเมื่อ 28 กรกฎาคม 2546

เนื้อเพลง Oda Bumi Anbia

Prologue

Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarinya,bukan?
Penganiayaan satu bangsa terhadap
satu bangsa yang lain
Beginilah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan

Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Dibalik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun di hatinya

c/o
Dunia bagaikan pejam mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar ber-raja..oh
(ohh mengapa?..ooh)

Monologue
Netzarim,Khan Yunis,Gaza,Jenin,
Nablus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak - kanak oatau oarang tua
Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!!!

Mengalir darah merah
Diatas bumi suci Anbia
Laungan Intifada
Bergema membakar semangat perjuangan

Solo and repeat c/o

Epilogue

Sampai bila..?
Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila rakyatnya harus terus
terkapai- kapai mencari keadilan dan kebebasan

Aku sendiri menanti jawapnya....

คุณอาจจะสนใจเนื้อหาเหล่านี้

เนื้อเพลง Oda Bumi Anbia ที่แสดงบนเว็บก็เพื่อประโยชน์ในการศึกษาเท่านั้น สิทธิ์ในเนื้อเพลงยังคงเป็นของผู้ประพันธ์หรือผู้ถือสิทธิ์เช่นเดิม - ทางเว็บไซต์ไม่มีบริการดาวน์โหลด MP3 เพลง Oda Bumi Anbia หรือบริการดาวน์โหลดใดๆ ซึ่งเป็นการกระทำที่ผิดลิขสิทธิ์ - วิดีโอที่เกี่ยวกับเพลง Oda Bumi Anbia เป็นบริการของยูทูบ ทางเว็บไซต์ไม่มีสิทธิ์เลือกหรือคัดเพลงที่เกี่ยวข้อง หากพบเห็นวิดีโอไม่เหมาะสมกรุณาคลิกบนวิดีโอนั้นไปที่เว็บไซต์ยูทูบเพื่อแจ้งกับทางยูทูบ